Kawan Blogger Saya :D

MIGRAIN HEADACHE

Assalamualaikum,


Tengok gambar tu, nampak macam dia sakit kepala sangatkan.
Sebenarnyaa memang sakitt gilaa weiii. Fara tak datang sekolah hari ni.
Sebab apa? Sebab penyakit migrain Fara datang balikk.
Sakitt gila bakkhangg ! Korang bayangkan macam otak korang tu,
kena siat-siat dengan pisau. Sakitt sangatt x(
Penyakit ni boleh buat kita pitam o0oo.. Allah dah bagi aku penyakit ni.
Takpe aku redho jew. Aku takut sangat penyakit ni serang aku time
aku dekat luar.Pernah sekali, aku kena migrain ni waktu aku keluar,
time tu nak pergi sekolah. Aku pergi sekolah naik basikal, bila penyakit tu
datang aku terus jatuh basikal, pitam. Aku pitam dekat tempat letak kereta..
Lepas kejadian tu mama tak pernah lagi suruh aku pergi sekolah naik basikal.
Mama yang akan hantar or pakcik bas ambil aku depan rumah.
Aku selalu tak dtg sekolah sebab ni la. Takut pitam dekat sekolah.
Aisehh , sayanggnyaa terlepas pembelajaran hari ni :(
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

ONE MORE CRUELTY

Assalamualaikum,


Satu lagi kekejaman yang Fara lihat. Maybe cerita ni dah lama, but
Fara tetap nk tunjuk kat hampa semua tengok ni. Bila Fara tengok
Fara qasa cam nak teriak uhh. *mai loqhat kedaaahh cek dah.
Mai kita tengokk betina yang tak daq peqasaan ni.










Hampa tengok sendiri? Dia p pijak hatt kucingg yang comel tu sampai
jadi laguu ni. Fara qasa macam nak p bunuhh uhh betinaa gila ni.
Dia tu buta ka apa? memang jenis yang tak dak peqasaan.
Lapaq penyepak betoii, dengaq cita dia tekanan emosi baru
lepas break dengan pakwe dia. haa, bagoiiih sangat la.
Kala hang patah hati sekali pun agak-agak arr nak buat
sampai tara tuu. Memang bagoiihh la balak hang p tingai hang.
Kalau kat dunia ni hang terlepas , hang jangan ingat hang lepass
laguu tu ja. Hangg tunggu akhirat nanti... *mood bebaii gila*
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

IT'S SO CRUEL

Assalamualaikum,


Kejamnyaa ! Kejamnyaa ! Orang di China makan orang? Makan janin pulak tu.
Tak sanggup gila nak tengok. Doranng tu sebenarnya manusia atau apa?
Kesian bayi tu tak sempat nak lahir kat dunia  yang di cipta oleh Maha Pencipta.
Kejam sungguh orang china, bukan tak de makanan dah tapi they all like zombie.
Semakin hari semakin pelik dunia kita ni.Nak kiamat dah kot sebab tu jadi macam ni.
Ade yang Fara baca isteri makan abu suami sendirila,makan otak monyet hidup-hidupla.
SubhanaAllah,teruk betul mereka ni..Mereka ni dilayak panggil binatang je.
Ok , bace sendiri link ni-> http://www.jomberita.com/bayi-dari-rumah-mayat-jadi-makanan-lazat/
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

GOOD FOR TODAY

Assalamualaikum,


Okay , Fara selesai sudah persekolahan pada hari ni.
Extra class hari ni just Fara sorang budak kelas mpv.
Fara jelly ooo dengan budak kelas sains. yew laa,
dorang bukan saje pandai tapi dorang bersahabat satu kelas.
Memang awesomee weiii. Macam aku form3 dulu la,
sekarang form5 aku duduk kelas mpv. Tak besstt laa.
Kawan-kawan errr, no komen. Tapi bagi aku,
memang seronok bercampur dengan budak aliran sains ni.
Memangggg awsomeeee! Thumbs up! :)
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

I CAN'T SLEEP

Assalamualaikum,


Tikk tokk! Tikk tokkk ! Jarum jam dah tunjuk pukul 2.05 am.
Ouhh , lalala. Fara tak boleh nak tidur. I don't know why.
Rase ngantok but tak boleh nak tidur. I was like -_______-  "
Rase macam nak ketuk kepala dekat dindingg uhh.
But dalam mase yang sama Fara flash back kenangan dengan kwn-2
dulu. Fara bandingkan stay di KL dan Kedah. Urhhh..
Fara rase macam nak menangis bila teringat pasal kawan-2


Know what? Dekat Kedah enjoyy giler dgn kengkawan.
Kami satu kelas , satu geng. Happy giler, tak de macam dekat
sekolah sini. Dalam kelas berpuak-puak bagai. Ada puak pandai je,
ada puak kaki bising, ade puak kaki ngutuk la ape la..
Seriusly aku rindu giler dgn geng-2 aku dekat sane when i was f3.
Zawiah, Eira, Sue,Epah, Yean, Zana,Tasha,Shud, Ayob, Syanip, Cain, Zedol.
Seriusly kitaorang dalam satu hari mesti gelak punyaa la..
I miss that moment ,really-really miss :')
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

I MISS MY BLOG SO MUCH

Assalamualaikum ,


Tadaaa! Haha Fara muncul kembalii dgn blog terbaruu. kuang, kuang ,kuangg..
Eh, Fara?kau bukan kate tak nak bukak blog dah ke?sembangg kelingg la hangg.!
Hoho, lekluuu.Fara tak boleh laa berpisah lame-lame dgn blog kesayangan ni.
kan uchuk ku * gilaa ka?Hahaha , stop it Fara!
Actually, Fara sunyiii. So blog ni laa jadi teman Fara tat kala Fara sunyi..

Fara comel aarr blog kau! comelkan? kan? kembangg kempis hidungg aku weii.HAHA!
Sebenarnyaa Mrs Bieber Fara yang tolong hiaskan blogg Fra ni. Blog Fara comel mcm org yg tukang
hias tuu kak Haziqah .Auwmm ,comel name dye kan, org nyaa pon comel.hehehe
Actually Fara dah lame kenal kak Haziqah ni dri form 3 /2010. tapi cume baru tahun ni kami bertegurr.
Weii kiralaaa, ha.. 2 tahun tu *mcm lame sngtt ==' .
Fara selalu gak tgk kak Haziqah and the gang.
Bukan ape, Fara suke gilee tgk muka kak Ziqa tuu..
perhhh  cunn ! Choppp ! kak Ziqa dh berpunyaaa :)
Pakwe dia mmg handsome , mmg padan laa dorang berduaaa.
Fara ade banyaakk lagi citer nak citer kat blog kesayangan Fara ni.
Tapi apekan daya, candidate spm woii! dah pukul 11 malam, esokk isnin
kena sekolah! Pergii tidur ! pergi tidurr Fara! * dusshh , bantal tdo kena pala aku.
katil aku dah teriak-teriak uhh panggil aku. k, jumpa next entry. Kbaiii
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

8 JULY 2012 UNTIL DECEMBER

Dear blogger,

Well , maybe hari ni last aku update blog. Yaa , 9 Julai 2012 tiada lagi Fara yang suka main-2.
9 julai juga akan muncul kembali Diana yang sentiasa inisiatif. Diana yang dulu hidupnya hanyalah
dengan buku dan kawan baiknya, syazwanie bt abdullah thani dan darishini valli a/p  ravindran.
Tapi yang berbezanya kali ni tiada kawan baik dulu tapi kawan rapat yang menemani hari-2 Diana.

Diana yang akan berusaha bersungguh-sungguh demi menggembirakan ibu bapa.
Mulaii 9 Julai ni tiada lagi perkataan tengok wayang, lepak dengan member or etc.
Jadual kali ni semuanya dah berubah , balikk dari sekolah kena terus pulang takde
lagi pergi mane-2.Hari cuti hnya penuh dengan kelas tuisyen.

Tapi aku takutt satu perkara.. Dengan kesibukan aku ni, aku tak kan dapat luangkan
masa dengan kawan-kawan rapat aku lagi. Aku takut hubungan aku dengan dorang makin
renggang. Weyh korang? Maafkan aku ye kalau kali ni aku tak dapat join korang pergi mane-2.
Aku terpaksa buat semua ni untuk SPM aku , untuk masa depan aku.
Aku harap kita akan berjaya bersama-sama dalam SPM ni.
Tapi aku nak korang tahu, walau aku sibuk mane sekalipun. Hati aku tetap ade korang( T,E,B,F)
Dan aku tak kan lupa kawan baik aku dua orang yang ade dekat Kedah tu..(Z,N)

Baini? kau kan suka cabaran. Ape kata aku cabar kau? Percubaan Spm ni,dan Spm ni.
Kau dan aku siapa antara kita berjaya lulus semua mata pelajaran dan Gp paling rendah
akan menang. Dan siapa yang kalah kena DENDA. Kalau kau dah bace blog aku ni.
Kau fikir baik-2 dan dah dapat keputusan beritahu aku.

Aku buat macam ni untuk kebaikan kita baini,bersaing dalam pelajaran tu bagus :)
Kau boleh ajak Ekin, Tika dgn Teha nanti aku inform kan. Bersama-samala
kita mencapai kejayaan :')

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..<3
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

FRIST TIME

Dear blogger ,




Corn flakes chocolate :)

Frist time Aku buat sendiri cornflakes chocolate ni. Assistant aku ialah adek aku :)
Tapi biase lah frist time buat tak kan perfect punyaa tapi alhamdullilah jadi jugak.
Even benda ni senang nak buat sekali pun tapi sekurang-kurangnyaa aku belajar buat: :)
Memasak mama jarang ajar.. Selalu aku masak sendiri ,mama xajar.
Tapi kalau aku tak tahu baru aku pergi tanya tok aku :) Tok lah selalu jadi guru masakan aku.
Masakan tok sedap sangat-sangat , selalu masakan tok rupa tak de tapi rasanya .. :p
Wow ! Delicious! Yummy ! Sedappp sangatt :D

Masakan mama pun sedapp , hehehe. Tangan aku selalu masak tak perfect , ade je kurangg.
Kalau buat air pun same tak perfectt , selalu maniss :/
Tapi aku tak pernah putus asa sebab ianya hobi aku . hehehe :)
Alaaa , tak perfect pun mama selalu gak suruh aku buat air la, masak la.
Walaupun tak perfect masakan aku laku gak kan ? hahaha *kembang hidung aku*

Back to story , tengah buat cornflakes bebi dah cakap nak bawak cornflakes ni bagi kat
boyfriend kesayangan dia. Huhuhu, adek aku ade bf manakala aku tak de bf :(
Hahaha , Laki ? Cinta ? Puihhh !Persetankan benda tu semua aku tak percaya lakii untuk di buat
special BF. Aku lagi suka single kalau boleh bila dah dewasa, aku nak kerja yg bagus-2
untuk sara hidup aku , mak bapak aku dan anak angkat mungkin? HAHAHA.
Gilaa betul kepala otak aku ni, aku tak nak kahwin tapi nak anak angkat buat keluarga.
Haha , jadi macam umie aida tapi umie aida kahwin jugakk akhirnya =,='

Dahlaa , mengarutt je citer pasal laki ni. Hati aku tak de tempat cinta untuk insan yang
bernama Lelaki. Hati aku penuh kasih sayang untuk family dan best friends aku je! HAHA!
Tapi aku suka cuci mata .. tapi tak bermaksud aku menggatal k ! ergghh. tak ! tak sukaa!
Okay balik pade cerita , bebi nak bgi kat special bf dia , adek pulak nak bagi bestie dia (Amira).
Aku pulak , esok nak bwk g sk bagi bestie-2 aku rase. Maaf , tak ranggup sebab aku tersalah
langkahh.

Actually aku bukan tak percaya dekat semua lelaki tetapi kepercayaan aku dekat lelaki tu agak terhad skit
dan aku susah sangat nak percaya dekat lelaki. Even dia kawan lelaki aku sekali pun , aku tetap susah nak
percaya kata-kata mereka. Melainkan orang dah bergelar kawan baik aku , yew .Memang aku bagi
kepercayaan aku dekat dia..Tapi setakat ni kawan baik aku yang lelaki hanya ada seorang jew yang lain semua perempuan..

Kalau dalam family , aku rapat dengan abang aku. Abang aku selalu cerita dekat aku sikap
kawan-kawan dia yang mainkan perempuan la, mcm mane dorang ayat-2 perempuan la,
abang aku nak jaga aku sebab tu dia cerita dekat aku. Dia cakap dalam dunia ni kalau nak
cari lelaki yang betul-2 boleh di buat suami yang baik sangat susah. Aku kalau balik rumah
tok aku dulu, abang-abang saudara aku selalu cerita pasal perangai lelaki.

Jadi daripada situ kepercayaan aku dekat lelaki susah skit. Kepercayaan tu ibaratkan
sebuah kristal sekali terhempas dekat lantai susah untuk di cantumkan kembali :)
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

GREAT DAY

Dear blogger,


Guess what ? Takde yang boleh buat aku bahagia saat ni selain family dan sahabat-2 ku .
Setiap saat adalah kenangan buat kita, kalau aku boleh rakam saat-2 bahagia aku dah tentu benda
tu adalah benda yang palingg berharga buat aku. hehehehehehe
Semalam aku,baini,tika,yahya,ekin dan dayah pergi brem mall buat kerja kursus.
Akhirnyaa semalam frist time berkumpul balik setelah sekian lame tak berkumpul macam ni.
tak de seorang pun yang miss , kali ni perfect. Alhamdullilah :')
Even pergi sana buat kerja sekolah je pun, dan tempat hanyala brem mall yang seringg sangat pergi
tapi ianya dah cukup buat aku gembira..
Masa aku dengar dorang semua berceloteh dekat mary brown, sambil gelak dan gurau senda dorang.
Ya Allah, time tu aku hanya mampu tersenyum gembira. Even dorang sibuk buat kerja tapi
muka masih tersenyum. Aku gembira bila lihat sahabat-2 aku gembira :)
Mungkin para blogger fikir tak kan hal sekecil ni pun aku boleh rasa bahagia kan?
Ahaa , setiap manusia tu berbeza pendapat dan jalan pemikiran mereka pun berlainan.
Tapi bagi aku sahabat dan family yang selalu mewarnai hidup aku sekarang.
Tambahan pula , tahun ni last kami bersekolah. Entah bila kami akan dapat bersama lagi.
Sekarang bulan 7, aku kira lagi 4 bulan kami akan bersekolah. Tak ke singkat sangat mase tu?
Kami semua spm, wajarlah sekarang kami semua sibuk. Insyaallah lepas spm
kami semua boleh enjoy bersama. Aku hanya berdoa semoga aku dan sahabat-2 aku
akan berjaya bersama-2 dalam spm dan semoga persahabatan kami tak kan pernah
putus sampai bila-bila :')
TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA