Kawan Blogger Saya :D

Tips : SUKSES .MINDSET. ENERGETIC!

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? sihat Alhamdullilah..
So , hari ini Fara free jadi Fara nak share sikit tips dengan 
para blogger semua about "SUKSES.MINDSET.ENERGETIC"
Jika di soal siapa yang mahu gagal, sudah tentu kita semua akan
terus geleng-gelengkan kepala right?Berbeza pula kalau
kita cakap pasal kejayaan. Sesuatu yang indah  dan pastinya melakar senyum puas
tanda gembira yang tidak terhingga. 

"Gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya"
Pernah tak anda semua dengar ungkapan ini?Gagal dalam
percubaan untuk memperoleh kejayaan itu perkara biasa.
Ia sebenarnya pengajaran dan perlu kita semua jadikan
sebagai pembakar semangat.

Berikut Fara sediakan 10 Tips Sukses dari Jennie S.Bev dari bukunya "RIGHT HERE, RIGHT NOW"

1- BERSYUKUR
sentiasa bersyukur atas apa yang kita peroleh hari ini. Jauhkan perasaan
tertekan akibat suka membanding-bandingkan apa yang 
kita miliki dengan orang lain. Buka hati untuk terus bersyukur
dan berterima kasih.

2-PELUANG
Selagi ada peluang, belajarlah seakan-akan kita semua tidak hidup selamanya.
Tetapi hiduplah seakan-akan kita semua akan mati esok harinya.
Rebut segala peluang dan lakukan semuanya dengan sehabis baik.

3-KEKUATAN
Cari kekuatan yang ada pada diri anda semua. Fokus dan tingkatkan tahap
kekuatan tersebut hingga ia membentuk satu nilai keterampilan yang unggul
dan di hormati.

4-BERDIKARI
Bukalah jalan sendiri dengan cara anda semua yang berhemah.
Usah terlalu mengharap dan bergantung pada orang lain.

5-MERANCANG
Belajar mencintai apa yang yang anda semua miliki dan bukan berangan-angan
tentang apa yang anda semua harapkan. Rancang dengan apa
yang ada di tangan. Impian hanya akan jadi
nyata jika anda menggunakan segala sumber yang ada pada
saat ini untuk merealisasikannya.

6-WAWASAN
Lihat dengan jelas apa yang berada di hadapan dan juga
''lihat" apa yang belum kelihatan iaitu wawasan. Gunakan visi dan misi
untuk mengenal apa yang anda semua sasarkan. Ia sama saja dengan
"blue print" untuk sukses anda semua sendiri.

7-BERSEDIA
Telan semua kepahitan hidup dan bersiap sedia untuk
memulakan hari baru dengan lebih baik.
Setiap hari ialah hari baru. Pastikan hari ini lebih bagus
dari semalam dan seterusnya.

8-MENBERI
Semakin banyak anda semua memberi, semakin
banyak juga yang anda semua akan terima. Tidak
terfokus hanya pada wang atau material. Apa juga yang
anda semua lakukan demi kebaikan semua orang,
anda semua pasti mendapat berkat dan juga penghargaan
setimpal.

9-MENTOR
Jadilah mentor untuk diri sendiri. Natijah kebaikan
dan keburukan hanya akan dapat di tanggung 
oleh diri kita sendiri. Melihat contoh terbaik sebagai
role model itu juga bagus tetapi
utamakan diri sebagai mentor terhebat.

10-BAIK
Hidup bukan untuk selamanya. Maka,
berbuat baiklah di setiap waktu. Juga lakukanlah
yang terbaik di setiap peluang dan kesempatan yang
di peroleh kerana itu mungkin yang terakhir.

Hakikatnya sukses adalah mindset. Ia bukan tujuan dan bukan juga perjalanan.
Success is about being and becoming. Sukses ialah anda semua, dan anda semua
ialah sukses :)

TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan