Kawan Blogger Saya :D

Cinta Gurls & Boyz Berbeza

Assalamualaikum,

Selalu kita dengar orang mengungkap kata
"cinta itu buta" . Tak pasti sama ada ia falsafah manis atau sekadar
kata luahan  rasa hati yang sulit diterjemahkan. Terpulang
pada anda semua untuk mentafsir istilah cinta.
Namun kebiasaannya anda semua pasti tersenyum
simpul bila mendengar ayat cinta di bualkan.
hehehe.. (dh ada yang mula senyum sorang-sorang ek?)

Natalie Angier dalam bukunya berjudul 
"WOMEN AN INTIMATE GEOGRAPHY"
menulis bahawa cinta adalah satu perasaan universal
yang sentiasa ada pada setiap individu sampai bila-bila.
Sejak kecil manusia sudah di ajarkan untuk mengenal
cinta walau pendekatannya berbeza-beza sehinggalah
menginjak dewasa. Itulah sebabnya pengertian
cinta antara dua insan pada akhirnya juga turut berubah
dan ada perbezaan.

Tapi, apakah yang berbeza? Ok semua sila beri
perhatian dekat bawah ok :)

BENARKAH... gurls lebih mendambakan perhatian sedangkan boys lebih
mengharapkan kepercayaan?

BETUL! Biarpun hanya mendapat perhatian sekecil
mana pun, gurlz akan berasa begitu istimewa dan di sayangi.
Manakala boyz menganggap jika gurlz yang dia cintai
mempercayainya bererti gurlz tercintanya menyakini
bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk 
mereka berdua.

BENARKAH... gurls mendambakan pengertian, sedangkan boys lebih
mengharapkan penerimaan?

BETUL! Boyz selalu mampu mendengar luahan tanpa
menghakimi dan bersimpati pada gurlz yang dicintainya.
Sikap boyz yang lebih mudah memahami ni bukanlah didapatkan
dari hasil membaca fikiran atau mendalami perasaan gurlz, Tetapi kerana
boyz kerap berusaha mengumpul makna-makna dari apa yang di dengar
dan dilihatnya supaya dapat mengiakan setiap butir kata dari bicara kekasihnya.
Bila gurlz dengan penuh rasa kasih menerima boyz tanpa
berusaha mengubah dirinya, cukup bagi boyz merasa bahagia.

BENARKAH... gurls lebih mendambakan rasa hormat, sedangkan boys lebih
mengharapkan penghargaan?

BETUL! Gurlz berasa di hormati bila boyz mengakui
dan mengutamakan hak-hak , harapan , impian
dan keperluan asas seorang gurlz. Bila setiap tingkah laku boyz itu
mempertimbangkan cara berfikir dan perasaannya, gurlz tersebut
pasti selesa dan gembira di hormati. Manakala boyz,
penghargaan merupakan reaksi semula jadi terhadap
perasaan yang ada. Jika usahanya di hargai, boyz akan tahu
bahawa kerja kerasnya tidak sia-sia. Secara tak langsung,
ia mampu mendorong boyz untuk membuat lebih
banyak hal yang terhebat. Boyz yang berasa
di hargai secara automatiknya lebih bersemangat dan terdorong
untuk lebih menghormati pasangannya.

BENARKAH... gurls lebih mendambakan ketegasan, sedangkan boys lebih
mengharapkan persetujuan?

BETUL! biasanya boyz akan lebih mudah menghargai
perasaan gurlz bila dia pada saat awal perhubungan
lagi sudah sedia mempersetujui setiap hal tentang pasangannya.
Manakala gurlz akan lebih berasa di cintai sepenuhnya jika
boyz yang di kasihi mampu menerimanya dengan bukti menegaskan
betapa akrabnya hubungan mereka secara yang wajar.

BENARKAH... gurls lebih mendambakan kesetiaan, sedangkan boys lebih
mengharapkan kagum?

BETUL! Logiknya jika gurlz berasa dirinya yang terpenting,
dalam kehidupan boyz yang di sayangi, maka dengan mudah dia 
akan memberikan kekagumannya. Begitu juyga sebaliknya bagi boyz
bila dia berasa dikagumi, secara terus boyz dengan cukup ikhlas
untuk kekal berada di samping gurlz yang tersayang dan turut menyanjungnya,

Fara boleh share sikit je dengan anda semua tapi bagi mereka yang
tidak puas hati dengan entry Fara. It's ok , benda ini hanyalah
untuk pembacaan tiada maksud lain :)


TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan