Kawan Blogger Saya :D

Hingga Ke Jannah

Assalamualaikum,



 Lama tak update ? hikss bukan lama sebenarnya baru minggu lepas
dah update . Btw Semua sehat ? Hari ni tajuk entry ialah "Hingga Ke Jannah"
 wow ! wow ! Tajuk dia ya ampuunn . Ehem mari mulakan .

Bismillah ..

Sebenarya aku dengar lagu KRU tajuk lagu "Hingga Ke Jannah"
Video dia buat aku hati aku tersentuh bahagianya dah menjadi yang halal kepada
seorang insan yang kita cinta . Bila aku dengar lagu ni automatik
aku teringat dekat mr F insan yang aku cintai sepenuh hati aku .

Terasa bahagianya andai aku dan dia ada ikatan .
Perasaan tu lain taw bila dah ada ikatan dengan bila bercinta sahaja.
Apabila dah halal semuanya jadi lebih indah dan yang penting boleh elakkan DOSA
dan sebenarnya kita boleh lebih dekat dengan Allah ..

Cer teka kenapa aku cakap macam tu ?
Sebab bila bercinta kadang-kadang boleh buat kita lupa dosa pahala .
Tipulah kalau korang tak terpegang tangan pakwe/makwe korang kan ?
Bila bersentuhan je kan dah dapat dosa apatah lagi benda-benda lain kan ?

Astaghfirullahalazim ...

Tapi bila kita dah halal ? kau pegang je tangan suami kau gugur dosa-dosa kecil kau.
Lepas tu tak menitis ke air mata kau bila sang suami yang kau cintai mengimamkan kau ?
Saat tu kau akan rasa bahagia dapat menghalalkan benda yang haram .

Kadang-kadang aku suka mintak Mr F kahwin dengan aku cepat .
Eh tak malunya kan aku ni ? perigi cari timba .
Eh hello ? Siti Khadijah dulu pon dia yang pergi pinang Nabi kita .
So ape salahnya kan ? hahahhaa
tapi Mr F marah yela sebab harta pon takde lagi semua macam mana nak kawen kan.
Sampaikan aku bole cakap pasal kawen gantung . Bukan sebab apa asalkan aku dengan
dia halal . Tu je aku mintak . Aku mintak macam tu banyak sebab .
Tapi takpela . Bila Mr F cakap belom bersedia aku pon ok je .

Tapi sekarang aku dah tak fikir pasal kawen .
Cuma bila dah tiba masa aku untuk kawen aku harap satu benda semoga
aku dapat jejak kaki ke tanah suci kota mekah bersama sang suami dan kalau
boleh bersama-sama family jugak.

Bersama-sama mendekatkan diri dengan Allah insyaAllah sama-sama
mencari bekalan yang cukup di akhirat kelak . Sebab aku nak satu benda
sejahat-jahat aku sehina-hina aku ni aku nak masok syurga bersama-2 orang
yang aku sayang . . .



TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan