Kawan Blogger Saya :D

Silent




Enough to describe when I choose to be silent



TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

Assalamualaikum



Sehat ke semua ? Aku alhamdullilah sehat walafiat
Macam biasa diari blog hari ni ada benda nak di luah kan .

Bismillah ..

Aku cuma nak korang tempatkan diri korang dekat tempat aku
No judgement just understand and feel it .
Seorang perempuan hanya perlu di sayangi dan di fahami .

That night everything start on that night
tu bila orang cakap lidah tu ibaratkan pisau kan ?
Aku dari dulu dan takkan pernah lupa rasanya sakitnya
bila orang cakap macam tu . .

Semuanya tersimpan kemas dalam memori aku .
Tak perlu jadi sweet talker atleast tak cakap benda yang menyakitkan hati
apatah lagi sentuh hal keluarga dan kekurangan diri ni .
Tak tahu nak cakap macam mana tapi bila teringat hati ni sakit bukan
takat hati je rasa sakit kadang-kadang sampai rasa sakit dada bila
terlalu fikir terlalu layan perasaan tu .

Sekarang dah tiba masanya aku pujuk hati aku sendiri tak perlu
harapkan sesiapa pun. Aku cuma sekarang tengah pelan-pelan
rawat hati aku . Kalau ada adela kalau takde berdoa jelah .
Dah sampai satu tahap aku rasa give up .

Sebab everything aku rasa aku syok sendiri .
Ape lagi aku nak buat ? Sekarang aku ikut je apa dia nak .
Bayangkan bila dah lama pendam bila meletop bila dah rasa give up
aku sanggup jalan kaki malam-malam kena hujan lepas tu semata-mata bagi barang
eventho tak penting sebenarnya tapi hati ni nak di pujuk .
Aku turun kereta dekat tengah jalan then duduk tepi divider tahan malu sebab perbuatan sendiri
semuanya sebab nak di pujuk .
Entahlah aku malukan diri aku sendiri sebab nak di pujuk lepas kena hina semua .
Aku duduk dekat caltex tunggu kena pujuk tapi boleh dia tinggalkan aku sampai aku kejar kereta dia then lari pergi caltex balik mintak pinjam phone . Entahlah .
Memang malu bila fikir balik tapi aku dah tak rasa ni diri aku .
Aku bukan jenis malukan orang apatah lagi malukan diri aku sendiri .

Mungkin ni semua sebab dah lama pendam mungkin ?
Bila dah lama pendam aku tak boleh kawal diri aku.
Sekarang biarlah ape nak jadi aku dah mula berhenti berharap ,
Aku dah penat. Aku tak mintak di manjakan dengan duit tapi
aku cuma minta masa perhatian dan kasih sayang .
Jenis aku jaga percakapan kalau tak memang aku ingat ape benda
yang buat aku sakit. Sebab sakit-2 badan boleh hilang tapi sakit dalam hati
makan masa nak hilang dan sembuh .

Aku tak berdendam tapi aku jenis ingat perkataan yang menyakitkan hati apatah
lagi perkataan yang boleh jatuhkan air mata aku. .
Kalau aku dulu selfish nak kan dia walaupun dia benci aku tapi sekarang
aku lepaskan .. Kalau betul kau milik walau jauh manapun aku pergi kau tetap akan jadi milik
aku . Tapi kalau dulu aku usaha untuk curi hati kau kenapa kau tak usaha curi hati aku balik
macam mana dulu lepas aku buat salah dengan kau aku kejar kau balik. Itu pun kalau
dia masih sayang . kalau dia tak sayang dia akan pergi cari perempuan lain . dan saat tu aku
redho .


TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

Hingga Ke Jannah

Assalamualaikum,



 Lama tak update ? hikss bukan lama sebenarnya baru minggu lepas
dah update . Btw Semua sehat ? Hari ni tajuk entry ialah "Hingga Ke Jannah"
 wow ! wow ! Tajuk dia ya ampuunn . Ehem mari mulakan .

Bismillah ..

Sebenarya aku dengar lagu KRU tajuk lagu "Hingga Ke Jannah"
Video dia buat aku hati aku tersentuh bahagianya dah menjadi yang halal kepada
seorang insan yang kita cinta . Bila aku dengar lagu ni automatik
aku teringat dekat mr F insan yang aku cintai sepenuh hati aku .

Terasa bahagianya andai aku dan dia ada ikatan .
Perasaan tu lain taw bila dah ada ikatan dengan bila bercinta sahaja.
Apabila dah halal semuanya jadi lebih indah dan yang penting boleh elakkan DOSA
dan sebenarnya kita boleh lebih dekat dengan Allah ..

Cer teka kenapa aku cakap macam tu ?
Sebab bila bercinta kadang-kadang boleh buat kita lupa dosa pahala .
Tipulah kalau korang tak terpegang tangan pakwe/makwe korang kan ?
Bila bersentuhan je kan dah dapat dosa apatah lagi benda-benda lain kan ?

Astaghfirullahalazim ...

Tapi bila kita dah halal ? kau pegang je tangan suami kau gugur dosa-dosa kecil kau.
Lepas tu tak menitis ke air mata kau bila sang suami yang kau cintai mengimamkan kau ?
Saat tu kau akan rasa bahagia dapat menghalalkan benda yang haram .

Kadang-kadang aku suka mintak Mr F kahwin dengan aku cepat .
Eh tak malunya kan aku ni ? perigi cari timba .
Eh hello ? Siti Khadijah dulu pon dia yang pergi pinang Nabi kita .
So ape salahnya kan ? hahahhaa
tapi Mr F marah yela sebab harta pon takde lagi semua macam mana nak kawen kan.
Sampaikan aku bole cakap pasal kawen gantung . Bukan sebab apa asalkan aku dengan
dia halal . Tu je aku mintak . Aku mintak macam tu banyak sebab .
Tapi takpela . Bila Mr F cakap belom bersedia aku pon ok je .

Tapi sekarang aku dah tak fikir pasal kawen .
Cuma bila dah tiba masa aku untuk kawen aku harap satu benda semoga
aku dapat jejak kaki ke tanah suci kota mekah bersama sang suami dan kalau
boleh bersama-sama family jugak.

Bersama-sama mendekatkan diri dengan Allah insyaAllah sama-sama
mencari bekalan yang cukup di akhirat kelak . Sebab aku nak satu benda
sejahat-jahat aku sehina-hina aku ni aku nak masok syurga bersama-2 orang
yang aku sayang . . .



TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

2016

Hi & Assalamulaikum

Last update is 2013 maybe?
sekarang march 2016 . Banyak benda dah berubah so am I
So setahun lagi nak abis belajar . hmm sedih sebenarnya
sebab banyak sangat benda yang aku alami ..

So Hari ni izinkan aku bercerita kisah percintaan aku yang tak pernah
aku ceritakan . So yup meh nak cerita . Selama ni hati aku beku tak terima
sesapa dalam hidup aku dan aku layan semua orang hanya sebagai kawan sampai
aku habis belajar sk menengah . Sampaikan kawan baik sendiri tanya .

"bila nak ad boyfriend?"
"weh ,hang lesbian ke apa?"

Tet sampai macam tu sekali orang ingat aku sebabkan dulu aku tak nak bercinta
dengan sesiapa . Aku hidup aku dengan kawan-kawan aku . kawan lelaki
pulak aku anggap semua kawan dan hanya layan mereka sebagai kawan.

Ok . Selapas habis belajar aku masuk politeknik. Sem 1 aku still lagi perangai macam
zaman sekolah . Jenis yang dengan kengkawan dan tak amik port sangat pasal cinta.
Tipula tak usha lakikan time tu? Usha tu ushala jugak . Cuma aku tengok jela sebab
hati aku memang susah nak jatuh hati lepas aku kena hina dengan famex sebab sukakan
dia. Yup dulu aku crush dekat famex dari form 3 sampai form 5 tapi dia tak suka aku
sebab kawan dia cucuk dia sampaikan dia hina aku . So start dari situ memang aku dah
susah nak sukakan lelaki dan tak buka langsung pintu hati aku dekat sesiapa since that.

Pedas hinaan dia tu buat aku terus stop crush on him . Dan mula bekukan hati aku ,
Menangis gakla time tu tapi takla teruk nangis sebab kena hina tu je sebab nangis.
Hah , Bila dah pindah KL . tuptup famex pulak cari kononnya dulu dia nak terima aku
tapi kena cucuk dengan kawan sebabkan kawan dia berkenan dengan aku ?
Sorry to say lar bro . Dulu aku gila kat hang lepas tu hang sedap hina kau memang
aku angkat kakila bro. So ko muncul time aku tak minat dah nak buka pintu hati aku .
Memang takla aku nak terima sesapa pon termasok kau.


So that is the reason why aku tak bercinta time sekolah menengah
Back to our story, so aku tak expect sem 1 aku nak bercinta dengan sesiapa. then one day
sakit lama menyerang . So one of my classmate ni capital D selalu sangat caring dengan aku
acah-acah jagala . Mula-mula aku tak expect dia ada hati dekat aku .. So dia selalu tolong aku eventho aku tak pernah mintak so orang dah tolong kau takkan lah kau nak buat kurang ajar kan?
So bila dia text aku reply jela anggap kawan. Last-2 one day dia mengaku dengan aku dia suka kan aku . GULP ! tergamam gile aku time tu . sebab aku memang takde hati dekat dia .
Aku jadi serba salah sangat time tu sebab dia selalu sangat jaga sampaikan dia pergi letak nama aku dekat dalam phone dia "sweet heart " bagai update kat twitter bagai . Dia siap cerita pasal aku dekat ummie dia pulak . Bertambah serba salah aku time tu . So agak lama dia tunggu jawapan aku .
Tapi hati aku time tu berkenan dekat seorang budak capital A . Aku tertarik dengan dia time aku jumpa dia dekat pondok kafe b . Cara dia lawak dia buat aku tertarik tambah-tambah time tu dia baru lepas solat tak silap aku.

Tapi aku tak bagi tahu capital A sebab bagi aku mungkin itu yang pertama dan terakhir aku jumpa dia. So aku buat tak tahu . One day si D ni dah tak tahan dengan aku dia marah-marah aku sampai nangis sebabkan aku tak terima dia . Sebabkan perasaan aku kesian akhirnya malam tu aku terima jugak dia . Kawan-kawan aku ad nasihatkan jugak kalau taknak jangan paksa . Tapi masaalahnya aku dah cakap taknak ? then dia tak boleh terima so aku terima jela.

So yup first time bercinta dengan orang yang aku takde hati . Ok aku try sebab aku pernah janji dengan diri aku sesiapa yang bercinta dengan aku aku akan buat dia bahagia . So sejak dari hari tu hidop aku berubah , Tiap pagi aku call dia kejut bangon pergi kelas . Tiap kali dia usha aku jalan kaki pergi kelas . berapa minit kemudian dia pulak muncul . Balik dari kelas on call dengan dia , kalau dia merajuk . Ya Allah 16 jam rm2 so tiap2 hari kalo boleh dia akan diam kan diri tak bercakap selama berjam-jam alasan dia sebab dia suka aku bercakap . Kalau tiap hari dia merajuk tiap hari dia akan buat perangai macam tu. Dia seorang yang romantik actually cuma dia sangat childish , One day aku sakit period aku tak boleh drive aku mintak dia drive aku bagi tahu dia aku sakit . Tahu apa dia buat? dia taknak drive alasan dia tak reti bawak auto . Aku yang sakit nilah aku ajar jugak dia drive auto . Yes dia dah tahu but dia boleh bantai tido sebelah dan kawan aku lagi dua orang dekat belakang memang tak reti drive dan takde lesen . Hanya Allah yang tahu hati aku macam mana time tu. aku menangis sebab sengugut yang melampau . Akhir sekali aku drive dari KL-PD dalam keadaan sakit . dia boleh bantai tido dan tido . kawan aku dua orang dekat belakang yang teman aku drive. Lagi berapa km nak sampai poli aku bagi dia drive sebab memang aku tak boleh nak drive dah . So lepas aku ajar dia beberapa kali then dia dah boleh drive auto sampai sekarang . Since that day hati aku memang dah tak boleh terima dia . Kalau kau sayang kau akan usahakan dan tak kan biarkan orang yang kau sayang sakit . Benda aku tak suka rokok , dia hisap rokok dan dia hembus dekat aku .
Aku paling pantang orang hisap rokok dekat dengan aku apatah lagi hembus sebab aku susah nak bernafas. Dia tahu dan dia hembus dekat aku , dari situ aku tahu dia tak menghargai apa yang aku tak suka . Dan last dia baling pasir dekat mata aku yup memang boleh bergurau but dia tahu time tu aku pakai lens dan aku cakap serius aku tak suka bab pasir . dia still buat . At last aku mintak break dan since that day dia try mtk couple balik. Im sorry aku selagi aku boleh bertahan aku bertahan but once kau dengan aku dah tak de apa-2 aku memang susah nak get back. Eventho kau cakap dengan orang kau dengan aku masih couple i dont care sebab aku tahu realitinya . Dan kau buat aku nampak jahat sebab kau tak bagi tahu orang perkara realitinya . .

Selepas break aku menyendiri , orang ingat aku jahat aku tak bukak pon satu cerita pasal kau dekat orang lain . Then Capital A muncul dalam hidop aku . Capital A cuba dekat dengan aku dia cari aku through twitter . Dia baca everything about aku through twitter capital D no wonder la dia tahu aku dah single time tu . So dia rapat dengan aku , yup memang hati aku berkenan dengan dia since sebelom aku bercinta dengan capital D so mula-mula dia cakap aku jual mahal tapi dia tak pernah putus asa dekat dengan aku even time tu aku dah takde ape-2 dengan capital D once I know dia sakit aku mintak tolong capital D temankan aku belikan ubat untuk capital D . Semua orang ingat aku still couple dengan capital D sedangkan capital tak bagi tahu orang yang aku dengan dia dah lama putus . So dia cuba berubah dan cuba pikat hati aku balik . Tapi aku dah tak boleh terima . So makin hari aku makin rapat dengan capital A . So one day dah nak habis sem Capital A mintak couple dekat melaka di eye on Melaka . I was so suprised la kan sebab aku tak expect dia sukakan aku . Sebab jenis aku suka aku pendam. So Alah macam bodoh-bodoh terharu aku pergi terima sebab aku tak pernah rasa macam tu . Yup for the first time memang semuanya nampak indah tambah orang macam aku yang tak pernah be in real relationship . Rasa macam wow , dia aproch aku untuk being his sweet heart dengan cara macam ni? siap bagi cincin lepas tu? Ada lagi eh laki yang baik macam dia tak sekejam famex tak macam D ? TIME tu jelaa . aku rasa macam dia betul-betul baik, time tu aku baru rasa nikmatnya bercinta . .Dia solat , dia busy pon dia akan spent masa dia untuk aku . Dia jaga aku elok .
Dia perfect untuk aku time tu .

Time tu aku betul-2 dah fall in love dengan dia , Aku rasa macam dia lelaki yang terakhir untuk aku . Dia siap rancang nak berkahwin dengan aku . But langit tak selalunya cerah . One of my classmate yang pernah ada sakit macam aku dia sukakan A . A ajak jumpa then tiba-2 A cakap nak gantungkan our relay? aku terkejut so aku tanya alasan nya? dia cakap alasannya ialah dia taknak sakitkan hati orang yang sukakan dia tu ? what defak man ? kau ni apehal bro? kau cakap kau sayangkan aku but kau nak gantungkan relay sebabkan nak jaga hati that girl ? like seriously? habis hati aku macam mana? time tu aku dah mengamok . then dia mintak maaf janji tak buat lagi . So aku maafkan. tapi since that day satu persatu aku tahu wajah sebenar dia PERANGAI dia . Allahuakbar

Lagi beberapa hari aku nak masok poli hati aku dah merintih sakit hari demi hari.
Tapi aku tak menangis time tu aku pendam dan pendam dan terus pendam . Time tu dia nak
praktikal makin menjadi jadi perangai dia bila aku dah masok poli lagi teruk perangai dia
hantar perempuan balik rumah la ikot perempuan pergi shopping dekat tesco malam-malam la
jadi bodyguard perempuanla acah-acah bukan kuat pon lepas tu perempuan hantar msg syg dekat twitterla apela . Ya Allah time tu aku masih bertahan cuma hati aku yang sakit makin lama
makin takde rasa . Last sekali aku bawak diri aku buat tak tahu

Tiba ada satu makhluk Allah ni jiran sebelah rumah sewa aku ni mulut dia suka bercakap
tiba-tiba one day dia cakap dengan aku dia nampak aku tak gembira . Aku rasa terkejut sebenarnya
time tu aku mula rapat dengan jiran sebelah rumah sewa aku tu since dia tolong aku betulkan cermin tingkap kereta aku . Tapi dia dah berpunya time tu . Makin hari aku makin rapat dengan F sebab aku mula rasa dia faham aku. Cuma time tu aku masih was-was dia dengan dia sebab dia dah berpunya
dan suatu hari aku dah tak tahan dengan A aku menangis dan F orang pertama dengar aku menangis pasal A aku mula luahkan banyak perkara pasal A that day aku menangis sebab aku dapat tahu satu benda yang paling dan memang buat aku takkan terima A lagi so akhirnya aku menangis .
Ujian datang bertubi-tubi pada waktu tu , kawan-kawan rumah dan kawan-kawan housemate pulaukan aku . A buat perangai dan aku rasa memang time tu aku forever alone .
Aku dah stop contact pasal A . Aku duduk dekat pantai sebab aku rasa sampai satu tahap macam nak bunuh diri sebabkan masalah-masalah yang aku hadap . Tapi u know what ? Ada satu tangan yang sentiasa menghulurkan tangan dia dan tarik aku naik balik ajar aku untuk kuat balik hadap benda realiti yang tak pernah aku alami . Putus Cinta aku perlukan kawan-kawan di sisi tetapi saat tu
kawan-kawan aku semua tinggalkan aku . Aku pergi kelas sensorang balik kelas sensorang . Hanya capital F je yang setia ada dengan aku . Aku bagaikan lupa time tu dia dah berpunya . Aku sentiasa ingatkan diri aku masa tu supaya jangan jatuh cinta dengan lelaki milik orang walaupun hakikatnya aku makin lama makin jatuh cinta dengan dia . Dia ubatkan hati aku yang luka kerana A dan kawan-kawan dia semangat untuk aku naik balik . Sedangkan aku masok wad muka dia la yang jenguk aku tiap-tiap hari . Setiap hari masa dengan capital F aku makin rasa tak keruan . Capital F sentiasa ad dengan aku sampai kawan-kawan aku berbaik semula dengan aku. Tapi tu tak bermakna aku lupakan dia sebab aku bukan jenis yang mudah lupa jasa orang.

Tapi sepanjang kami makin rapat Capital F tak pernah cakap dia sukakan aku walaupon dari gaya
dia seperti dia sukakan aku tapi aku takot sebab dia milik orang dan aku takot aku cinta tepuk sebelah tangan . So aku sentiasa keliru dengan cara dia sebab time tu aku masih ingat dia masih status berpunya dan dia jarang bercerita mengenai kekasihnya . Terdetik di hati aku nak stalk kekasih dia
so bila aku check twitter kekasih dia wish aniversary semua sayu hati aku sebab aku terpikir playboy kah dia macam A? Sape aku d mata dia ? Kenapa dia layan aku jaga aku macam seorang kekasih ?
Soalan tu sentiasa bermain di fikiran aku sehingga suatu hari A datang PD dan ternampak aku dengan F dan 2 orang lagi kawan aku tengah makan . Time tu A mintak putus konon acah akulah jahat sebab keluar makan dengan lelaki sedangkan dia ? dan sejak aku menangis sebab aku tahu perbuatan dia aku dah lama tak terima dia . aku diam dan pergi . dan F muncul ubatkan semuanya tapi sayang F sudah berpunya . Tapi cerita tak berakhir di situ . A datang mintak sweater d pulangkan ye aku masok dalam kereta dan pulangkan .tapi dia bawak aku terus ke pekan dan aku amik kesempatan untuk buat kunci bermula dari situ A pujuk dan terus pujuk untuk get back balik . Tapi aku tak minat sebab hati aku dekat F cuma aku jenis pendam . Bukan d situ sahaja A contact melalui twitter sebab wc dah kena buang ws dah kena block . dan hari raya A paksa aku datang rumah dia majlis berbuka puasa . Mula-mula aku memang niat nak pergi rumah pakcik aku tapi A sampai ugut aku jangan sampai dia buat kerja gila datang rumah aku . Dengan terpaksa aku pergi bawak teha teman takut dia buat gila pergi rumah dia sampai rumah dia dia buat hal mintak get back lagi . Aku terus balik dan dia kejar tak cukup sampai situ A buat kerja gila . Dia datang pd dan kalau aku tak keluar rumah dia akan bagi tahu F dan fitnah aku .  Ya Allah that day memang sangat mencabar untuk aku dan makin mencabar
sebab F tahu aku tipu dia pasal aku masih contact A. Aku tipu F satu sebab aku tak nak bagi tahu masalah aku , kedua aku siapa nak bagitahu dia pasal A contact ? ketiga ? dia dah berpunya dia kisah ke sesiapa contact aku ? siapa aku sebenarnya untuk dia ?

Ye salah aku sebab aku tak jujur dengan dia . Aku tak layan A sebenarnya cuma A masih contac memohon kemaafan dan mintak get back . Tapi aku tak terima A sebab luka yang dia bagi dekat aku lebih dalam . Ye masa tu aku maafkan dia tapi aku maafkan tak bermakna aku terima kan? Ok back to the story F cakap masa A datang aku main tolak-2 A . Ya Allah masa tu aku halau A balik sebab A tak betul dan A nak jumpa F . Aku tak tahu kenapa tapi selepas tu baru aku tahu yang A nak jumpa F sebab nak fitnah aku yang aku masih lagi bercinta dengan dia what defak man? time aku dapat tahu pasal tu hati aku mendidih marah . F contac A dan rupanya A cerita bukan-bukan pasal aku . Pasal bertukar anak patung , pasal aku pergi bowling semua . Ya Allah time aku terdiam seribu bahasa.
Aku terdiam sebab F percaya aku contact A selama ni sebab bercerita macam-macam mengenai F dan semua aktiviti harian aku masih bercerita denga A . Aku terdiam bukan kerana aku memang buat perkara tu . tidak aku terdiam kerana selama ni ada antara housemate aku kawan aku jadi musuh dalam selimut aku menceritakan semua perkara yang aku lakukan kepada A dan A menggunakannya dengan memberitahu bahawa aku contact dia . Ya Allah masa tu hancur lunyai kepercayaan aku terhadap kawan aku .Ye aku salah sebab tipu F tak bagitahu A contact tapi aku hanya marah A bukan bercerita dengan A aktiviti harian aku . Dan sayangnya F percaya dengan semua tu akibat aku menipu F. Sedih hati aku sebab baru aku tahu masa tu bukan aku je menyimpan perasaan yang sama terhadap F . Rupanya F dah putus dengan kekasih hati dia waktu hari raya kedua masih aku ingat . Aku dapat pesanan ringkas dari dia dia putus dengan kekasih hati dia kerana kekasih hati dia degil nak keluar dengan kawan-kawan dia beraya .

Tapi F tak pernah bagitahu aku dia sukakan aku apatah lagi mintak aku untuk jadi kekasih hati dia.
Aku keliru dengan F sebab pernah satu hari waktu hari jadi dia jatuh pada hari jumaat. Lepas habis kelas aku tunggu F lama dekat ruang tamu sambil intai tingkap tunggu kehadiran dia . Sampaikan aku tertidur aku tunggu dia lama rupanya hari tu F jumpa bekas kekasih hatinya di seremban katanya bekas kekasih hatinya nak jumpa dia . Ya Allah masa tu aku rasa nak nangis , Tapi aku diam . Aku sedar sekarang hati aku memang sepenuhnya dah terpaut dengan F sebab aku bukan typical mudah cemburu dulu waktu dengan A aku susah nak cemburu. Tapi dengan F aku dah rasa cemburunya .

Kembali pada kisah kantoi aku contact A . Ke esokkan harinya Aku dan F berjumpa di pantai dan bersembang . F ceritakan semuanya aku terdiam menangis sebab F tak boleh terima aku sebab aku menipu . Ya Allah masa tu aku tak kuat . Aku sedar lelaki yang berada di sebelah aku ni lelaki yang sepatotnya aku tidak tipu lelaki yang seharusnya untuk aku berkata jujur .  Aku menipu kerana aku keliru . Aku keliru dengan situasi kami masa tu . dia masih berpunya dan aku tak tahu siapa aku pada dirinya ? aku masa tu takot dia anggap aku skandal dan nak mainkan aku sebab tu aku tak berani. Tapi hari ni aku tekad untuk kejar cinta lelaki ni biarpun dia bencikan aku aku akan kejar dia memohon kemaafan dari dia walaupun di caci di hina di maki aku sanggup dari aku berlari
hingga merangkak dan mengesot aku sanggop sebab pada hari tu aku janji dengan diri aku aku akan setia dan mencintai dia ikhlas itu janji aku .

Lepas F pergi tinggalkan aku , aku terus tekad kemas dan kejar dia ke shah alam.
Di situ bermulanya permulaan yang baru untuk aku . Aku buang A jauh-2 dari hidup aku.
Dan aku mula mencintai seorang lelaki yang dulunya sangat baik sabar dengan sikap aku jaga aku
dia pembakar semangat aku untuk kembali naik . Aku bukanlah jenis seorang yang lupa akan jasa orang lain . Betul lah apa orang cakap bila dah benci dia benci sebencinya . Aku sentiasa di maki hamun F . Aku pernah peluk F untuk memohon kemaafan tapi dia tolak aku kuat jatuh aku ke lantai.
Aku even di pukul teruk sekalipon aku masih maafkan dia sebab aku fikir "mungkin ini balasan aku terhadap diri sebab menipu aku harus terima " . Pernah tengok cerita setia hujung nyawa lakonan nelydia senrose ? pada mulanya laki tu baik tapi selepas dapat tahu nelydia senrose keguguran anak orang lain dia layan nelydia senrose teruk? Macam tula aku kena lepas kantoi aku menipu F layan aku teruk . Hilang terus diri dia yang dulu . Hari-hari aku menangis sebab kena maki kena marah .
Dia hina aku lebih teruk dari famex hina aku .tapi aku masih stay sebab aku pikir banyak perkara dia pernah tolong aku . Banyak perkara dia pernah berkorban untuk aku dan yang paling penting adalah kerana hati aku ikhlas mencintai dia .

Saat dia mula terima aku aku ucap syukur alhamdullilah . Tapi dia sentiasa mengungkit perkara lama.
Masih sakit hari-hari bergenang air mata aku . Kerana cintakan dia. tapi suatu hari tu dia dari shah alam datang seremban dan kami spent time masa bersama bahagia sangat aku rasa sebab dah lama tak rasa bahagia macam tu .  bila masa aku nak hantar dia pulang waktu dia beli tiket ktm tiba-2 no tak di kenali telefon aku aku jawab dan aku terkejut rupanya Amer kawan smk aku call tanya khabar . Bila aku tanya soal mana dia dapat no telefon aku dia cakap dapat dari group . tapi time tu F muncul dan tanya pasal panggilan telefon aku . time tu aku punya takot kena marah aku pergi tipu dia cakap
kak fazira telefon . F tak percaya dia terus call no tu balik dan bila tahu lelaki yang jawab mengamuk dia terus pergi tinggalkan aku . Aku terdiam aku jujur pun aku kena marah aku tipu pun aku kena marah dan padahnya lebih teruk ? Aku tak faham kenapa dia suka cakap aku suka melayan lelaki sedangkan aku tak melayan . Aku terdiam seribu bahasa dekat ktm tu . Aku menagis kenapa dia seorang je lelaki yang cakap aku jenis melayan? Aku tahu salah aku sebab menipu lagi . Aku pilih jalan menipu kerana aku takot dia tinggalkan aku semata-mata kawan sk aku yang dah lama xcontact aku . Aku menangis aku diam . Tapi beberapa lama kemudian F datang kembali dan bawak aku balik dan saat tu F langsung taknak terima aku lagi . Meraung hati ni sakit . Malam tu aku tunggu depan rumah sewa dia tak keluar langsung jenguk aku . Aku menangis aku sakit hati kenapa amer call aku saat aku bahagia ?

Kemudian aku drive ke mcd dan maki hamun amer sebab call aku . Amer terkedu dan dia call F untuk terangkan tapi F mara sebab aku tak jujur aku musnahkan lagi kepercayaan dia saat tu aku tahu dia tak percayakan aku lagi . Aku balik dan makan ubat sakit kepala dan aku tahu esoknya aku dekat hospital dan kena warded sebab overdos . Aku bagitahu F tapi dia buat tak tahu dia lagi maki aku .
Menangis sebak hati aku . Housemate aku genggam tangan aku berikan aku semangat . Bagi aku aku hanya perlukan dia .

Sejak kejadian A dan Amer F makin benci aku makin tak suka aku . Aku masih kejar cinta dia .
Susah untuk aku tawan hati F sampaikan aku panggil dia "Biy" dia maki hamun aku sebab panggil dia macam tu . menangis hati aku . F terlalu banyak perubahan sampai satu tahap hari dia konvo aku sanggup amik port untuk lihat dia graduate . Tapi dia maki hamun aku lagi . Kawan-kawan dia cucuk dia suruh tinggalkan aku tiap hari ayat dia , dia jijik dengan perempuan macam aku , aku perempuan murah sampaikan dia hina family aku . Aku masih diam kerana impian aku adalah untuk berkahwin dengan dia lelaki yang aku cinta. Setiap hari aku untuk mendapatkan hati dia aku kena bayar dengan air mata . Di herdik di hina dan di maki tak di layan seperti perempuan . Tiada laki yang pernah hina aku seperti mana dia lakukan tapi hati aku terlalu mencintai dia dan dalam kepala otak aku terima segala perbuatan dia terhadap aku kerana salah aku sendiri kerana itu aku masih kejar dia .

Setiap sujud aku mendoakan agar dia menjadi yang halal untuk aku . Allahuakbar itu hanya impian aku bukan impian kami berdua . Setiap sujud aku doakan agar Allah ampunkan dosa aku dan segala perbuatan dia terhadap aku . Suatu hari Ex dia S contact aku aku berikan nombor telefon aku dekat ex dia tu . Tapi dia tak contact aku jadi aku lupa pasal dia . Dan setelah beberapa lama Allah masih menyayangi aku mungkin sebab Allah tak nak aku hukum diri aku Allah buka satu persatu cerita F.

Rupanya sehari sebelum dia konvo cinta pertama dia sewaktu di politeknik call dia dah dua kali . pertama contact dia tanya jalan kedua contact dia pasal dekat mesin fotostat dekat shah alam.
Dia tak bagitahu aku pun . Aku diam kemudian bekas kekasih hati dia yang pernah dia jumpa waktu di seremban pon contact dia memohon maaf. Tapi dia tak bagi tahu aku . Ex dia tu hantar screen shoot perbualan mereka . Sayu hati aku .. sebab dia pon tipu aku , Pada masa yang sama dia msg perempuan tu dia msg aku .Dan perempuan tu bagi tahu aku time F jumpa dia dekat seremban bukan dia datang dengan family dia tapi F datang amik naik moto pergi makan dan pergi hantar ex dia tu dekat kakak dia . Bila aku teringat hari aku tunggu dia seharian sedangkan dia keluar dengan perempuan lain saat tu aku menangis . Sayu hati aku . Bila aku tanya dia pada mulanya dia tak mengaku akhir sekali dia mengaku tapi dia marah sebab aku contact dengan ex dia . Menangis hati ni menangis sebab dia tak mintak maaf sepertimana aku minta maaf aku contact A tapi dia masih terus terusan menyalahkan aku dan mengungkit perkara lama . Masa tu aku masih terus selitkan nama dia dalam doa-2 aku . Dah menjadi kebiasaan mungkin.

Sejak hari tu S tu perangai dia seperti A . Mungkin Allah dengar doa aku , Kejadiannya sama seperti kejadian aku dengan A . Tapi lebih parah sebab S melibatakan family dan semua ex F . S fitnah F macam-macam begitu juga dengan Ex dia yang pertama . Aku lebih mempercayai F daripada mereka kerana aku pernah kena fitnah jadi aku percayakan F . Sampai satu hari tu aku nak tahu perkara sebenar aku contact ex dia N dengan follow ig dia . tapi N tak aprve so aku tekan cancel request sebab semuanya dah selesai . InsyaAllah .Tiba-2 one day N msg Aku dia cakap aku awek F kan dan nak apa ? Aku teringat kejadian dulu lalu aku pun tanya dia . Nasib aku kerana percayakan F tapi ada satu hal yang mengguriskan hati aku apabila ternyata sebelum ni F ada contact N dalam diam dan mintak pendapat dan dia kutuk aku dengan cakap aku lembap dekat ex dia N . Menangis aku bila aku tanya F dia marahkan aku kerana aku contact N . Ya Allah aku masih terus di persalahkan . Menangis aku . Dia masih ungkit benda lama . Teatapi aku amik langkah untuk maafkan

Hari berganti hari tahun berganti tahun . Banyak perkara aku lalui bersama dia .

Aku maafkan walaupun dia contact ex dia . Dia tipu aku maafkan . Aku maafkan dia walaupun dia kutuk aku dekat ex dia . Aku maafkan dia sepak aku .Aku maafkan dia lempang aku . Aku maafkan dia hina family aku.  Aku maafkan dia hina aku. Aku maafkan dia tengking aku . Aku maafkan dia jatuhkan maruah aku . Aku maafkan bila dia selalu cerita ex dia . Aku maafkan bila kadang-kadang dia puji ex dia cantik kaya dan pandai . Aku maafkan bila dia burukkan aku dekat family dia . Aku maafkan bila dia tengking aku depan kawan-kawan dia . Aku maafkan bila dia cakap aku anak haram depan kawan dia . Aku maafkan semuanya .

Tapi

Aku hanyalah kaum hawa yang lemah . Aku tak sempurna sentiasa melakukan kesilapan
dalam hidup aku perlukan bimbingan . Aku mempunyai hati dan perasaan .
Aku mencintai dia ikhlas walaupun dia pikir aku mencintai dia kerana harta dan kesenangan
salah sebenarnya . Jikalau dia mengenali aku , lepas habis belajar memang aku akan kerja
untuk cari hasil pendapatan aku sendiri . Apabila aku dah berkahwin kelak aku tidak akn berharap pada duit lelaki aku . Sedih hati aku bila dia hanya melihat pengorbanan dia .

Waktu dia berada di Mekah Allah uji dengan dia terlihat satu foto lelaki bersama aku
dia fikir aku keluar dengan lelaki tu sedangkan aku seminggu pergi ke rumah dia .
Memasak dan makan bersama-sama family dia .. Lepas aku solat aku terima msg dia
maki aku dan taknak aku menangis aku . Apa lagi dosa aku buat ? Kenapa dia tak nak memahami ?
Gambar lama . aku tak bagi thu dia sebab mama dia cakap jangan bagi dia serabot time di mekah dan aku tak marah laki tu sebab aku tak nak contac dia selama mana dia di mekah aku hormat kan dia . Tapi dia salah faham . Aku berdoa kepada Allah supaya di beri petunjuk . Tiba-tiba hp aku chat dia tak restore tapi gambar ade certain ada . Aku lihat dekat gallery aku baru perasan satu gambar. Gambar dia bersama S ! Time tu jatuh air mata aku . Aku tak pernah percaya kata orang melainkan dia walaupun dia tipu aku bagaimana aku tipu dia . Dia dah berjaya balas dendam .

Nak dekat 2 tahun aku lalui bersama dia . Dia selalu cerita pasal ex dia. Ye memang aku pendiam
tapi setiap patah perkataan yang dia tuturkan sentiasa melekat dalam kepala otak aku . Setiap kali aku ingat aku  menangis . Sebab tu orang cakap bila berhati-hati bila berkata-kata .

Masih segar dalam ingatan aku macam mana dia heret aku keluar dari rumah dia . sepak kereta aku sampai bengkok dan hina aku pada malam tu . dan aku akan sentiasa ingat yang dia tidak akan lafazkan nama aku di akad nikah . Bukan sekali tapi dah berkali-kali dia buat macam tu bahkan dia tak kisah kalau aku pergi kerana dia mampu dapat yang lebih baik daripada aku . Aku je tak berani lepaskan dia . Bukan kerana apa kerana aku cinta dia ikhlas bukan satu pertandingan nak lihat siapa lebih bahagia semua . Dia tak nak kawen dengan aku tapi kenapa aku masih di situ ? bertahan ?
Sebab aku ingat saat aku jatuh menangis terluka dialah orang yang pegang tangan aku dan bagi aku kekuatan untuk naik . Pernah aku ajak dia kawen banyak kali ? bukan sebab apa sebab aku nak hidup dengan dia . tak malukan aku? tapi dia tak nak .


Sampai satu tahap .. aku dah malas nak cakap pasal kahwin .

Sekarang aku serahkan semuanya pada Allah
Sebab kata-kata yang dia tuturkan aku sakit
Hati aku pernah beberapa kali hancur .
Sekarang aku belajar untuk bina kehidupan aku untuk masa akan datang
Jikalau dia memang cintakan aku dia akan halalkan aku pada suatu hari nanti
Sekarang aku lebih kepada pendam dan luah dekat blog .
Dan aku dah tahap malas nak fikir .
Walauapepon  dia sangat baik dan bertanggung jawab . Jenis lelaki yang aku
nak ada pada diri dia .

Aku sangat mencintai dia F .





TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

HOPE

Assalamualaikum,

Relationship ? so it's not gonna be easy. It's going to be really hard we're gonna have to work at this everyday, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, everyday. You and me... everyday.

TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

-No Title-

Assalamualaikum,

Hey there ? Wait don't go . Read my blog for a while .
I'm pretty sure this is going to be an inspiration for you .
Bismillah

This life is what you make it. No matter what, you're going to mess up sometimes, it's a universal truth. But the good part is you get to decide how you're going to mess it up. Girls will be your friends - they'll act like it anyway. But just remember, some come, some go. The ones that stay with you through everything - they're your true best friends. Don't let go of them. Also remember, sisters make the best friends in the world. As for lovers, well, they'll come and go too. And baby, I hate to say it, most of them - actually pretty much all of them are going to break your heart, but you can't give up because if you give up, you'll never find your soulmate. You'll never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once, doesn't mean you're gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always, always, always believe in yourself, because if you don't, then who will, sweetie? So keep your head high, keep your chin up, and most importantly, keep smiling, because life's a beautiful thing and there's so much to smile about.

TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA

NEW LIFE

Assalamualaikum,

*amik bulu ayam bersihkan blog yang habuknya tebal-2*

Lamanya tak bukak blog rindunyaaaa kat blog ni . *amik lappy cium* kihkih 
Ngado an? biarlah hahhaaha. So apa khabarnya agaknya korang semua?
Fara harap semuanya sihat . Fara alhamdullilah sihat je .
So last Fara updated ialah bulan lepaskan ? eh eh eh . bukan tahun lepas ke?
Ye laaa tahun lepasla saje nak mengelirukan otak anda semua. hahhaha *k, lawak hambar*

Ok back to the story ,why fara pilih tittle "NEW LIFE" for the first entry fara ?
Sebab semuanya telah berubah.. yes , semua dah berubah .
"New Life ,New Year , New Place, New Friends , New Dreams And New Hopes"

NEW PLACE

Fara lupa nak beritahu Fara now belajar dekat politeknik port dickson.
Eh, bukan fara cakap fara akan study dekat kptm kl ke? haihhh
Nak buat acano? Fara takdak jodoh dekat sana .
Jodoh fara mungkin dekat poli pd and mr.right fara pon kt poli pd. hehe
Opsss . No no no belum masanya lagi fara nak cerita benda tu.

Ok dear bloggers , Fara belajar dekat poli pd and now fara dah habis sem 1.
Alhamdullilah  banyak gila kenangan sepanjang sem 1 :)
sedih , pahit ,manis , payau . Hohoho , serius Fara dah rindu dengan kamsis .
you know what ? pengalaman belajar di sekolah berbeza dengan belajar di institusi tinggi
berlainan . awww , did u know why? the new environment. yes yes yes

Alhamdullilah setiap yang fara inginkan Allah memberikannya jalan .
Fara pillih poli pd sebab kos dia "sains kesetiausahaan" and pd is not far away from
kuala lumpur. Senangla nak ulang alik ke kl-pd . Anak manja lettew... *pala hatokmuu*
Bukan anak manja tapi advantages dia lebih banyak berbanding disadvantanges nyee .

NEW FRIENDS

So setakat ni Alhamdullilah everything goes well
Im in love with my new life sometimes .
Kawan-kawan yang gila-gila , even kadang-kadang bertengkar but itu yang
membuatkan kami lebih rapat. Fara ada satu group dekat sana , group fara ada 4 orang
1.Noya dari Negeri sembilan 2.Emma dari Johor 3.Tyqa dari Perak 4. its me from KL
See? kami bercampur dari negeri-2 yang berbeza . sepanjang perkenalan fara dah mula
memahami satu persatu gelagat mereka . Semoga persahabatan kami sentiasa utuh . Aamiin

NEW DREAMS

Apa yang fara impikan ?
Fara impikan sebuah kehidupan yang baik then before
Fara impikan sebuah kejayaan yang dulunya fara tak sempat untk mengapainya
Most of all Fara impikan sesuatu yang tak boleh fara nak describe di sini .
Sebuah perkataan yang tidak mampu di luahkan di bibir hanya hati yang mampu berbicara.

NEW HOPES


Fara berharap dia "hope" fara yang sentiasa ada dengan fara
even fara dah terjatuh ke dalam lubang yang paling dalam sekali . Fara hanya berharap
dia orang yang akan menghulurkan tangannya untuk fara , mengajar fara untuk bangkit
semula , melindungi fara , memberi nasihat , menceriakan hari-hari fara , sentiasa berkongsi
kisah bersama fara dan fara harap bila fara menangis diala penghapus air mata fara . Tiada
orang lain coz  fara hanya perlukan dia even one day ada someone out there is better than him ,
even one day I have many reason to leave him but im still choose to stay with him no matter what
happen until one day someone out there can make him happy than me.




" I don’t want you to love me if loving me means you have to lie. I don’t want you beside me if you think you’re just obliged. I’d rather not have you if having you would mean I have to see you hurt inside. "

TERIMA KASIK KRN SUDAH MEMBACA